aku nie hati agak batu sikitlah kalau bab-bab mintak maaf lebih-lebih kalau bukan salah aku. dalam hati aku selalu cakap, "eh, apasal pulak aku yang kena mintak maaf. kau yang buat taik kat aku". haritu, ez cakap, jangan, tak baik dendam. aku balas balik, mana ada dendam, betol apa, kenapa aku pulak nak kena buat semua tu. dah dia jahat dengan aku, sapa suruh. lagi dia tambah, biarlah orang nak buat jahat kat kau sekalipun. kalau kau buat macam tu, tak ke sama gak kau dengan dorang. oh well, memandangkan perasaan amarah masa tu membuak-buak (hehe) aku buat donno jer dengan apa yang ez cakap. tapi lepas tu lama-lama, aku terfikir balik. betul jugak apa kata ez. tapi ego masih lagi tinggi masa tu, dalam hati cakap, eh apahal kan? nanti dorang kata aku lemah, aku kalah. so, aku cakap kat diri sendiri, buat apa? pegi mintak maaf lagilah kau kene hanjeng dengan dorang. kan? lepas tu, aku pun malaslah nak fikir. tapi tak nak fikir pun, fikir jugak. lagilah serabut kepala otak aku. jadi haritu lepas solat, aku doa kat Tuhan, mintak Dia lembutkanlah hati aku supaya boleh nak mintak maaf walaupun bukan salah aku. lepas tu aku doa lagi, kalau hati aku nie keras jugak, degil jugak tak nak buat, mintak tolong Dia berilah petunjuk ke apa untuk guide aku. esoknya, sorang kawan dalam facebook aku post status dia berbunyi macam nie:
"Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” Riwayat Bukhari"
Tuhan dah bagi jalan, tunjuk, aku ikut. aku rasa lega sangat. kalah ke tak kalah ke, memang buang jauh-jauh perasan tu. aku pun sebenarnya penat nak gaduh-gaduh nie. yelah, tempat kecik, pusing-pusing pun jumpa jugak. terima kaseh, Tuhan. walaupun dulu aku selalu abaikan Kau, Kau tak pernah putus tolong aku bila aku mintak. bagi sapa-sapa yang hati keras cam batu macam aku tu, marilah sama-sama kita cuba mintak maaf walaupun kita rasa susah sangat nak buat. tak apa, biarlah orang nak kata kita lemah ke, kita kalah ke. tu boleh tolak tepi. just remember that, and i quote; it takes a big person to apologize and a bigger person to accept the apology.
;)
noodle house near me open now
2 years ago
2 comments:
wah.amie hebat!!
even ku sik tauk pa kes sebenar
p ku mmg asa ko hebat
hehe
kes kecik jak sbnrnya tp disbbkn keadaan friendship yg mcm agak complicated sikit alu jadi bsr. haha siklah hebat, cuma maok memperbaiki dirik sendirik jak. selalu gilak keras ati, sik best bah..huhu
Post a Comment