You can hide, hold all your feelings inside
You can try to carry on when all you want to do is cry
You can try to carry on when all you want to do is cry
(Rob Thomas - Someday)
aku rasa Rob Thomas nie buat lagu untuk aku kot. tau-tau jer sekarang nie aku tengah down gila dengan hidup sendiri. haha
ntahlah, sejak kebelakangan nie aku rasa mood aku macam sial kadang-kadang. rasa nak lempang diri sendiri pun ada jugak. yelah, tiap-tiap malam fikir masa depan, pastu nangis sampai tertido. ah, i know, gila macam gampang nak emo-emo sampai nangis kan? hahaha *gelak kat diri sendiri*
tadi aku lepak dengan shirley. cerita pasal masa akan datang. aku tau dia sedih. yelah, sampai kata "aku rasa macam tak ada harapan jer nak dapat kerja". aku pun terdiam jugak. dalam hati, pergh, sama sial dengan apa yang aku fikir. mana taknya, resume dah hantar banyak. satu pun tak ada respond. nak jer letak dalam resume tu, "dear sir/mdm, if you happen to not wanting to hire me (betul ke ayat aku nie?), can you please mail back the resume?" hahaha yelah, ingat print resume, fotostat sijil bagai tak keluar duit ke? lmao
niat memang nak terbang ke seberang balik nak cuba nasib kat sana pulak. tapi parents aku dok tahan-tahan aku. tak bagi. aduh! bapak aku pulak tak habis-habis suruh aku mintak jadi cikgu. ye, aku tau sekarang aku tak boleh memilih kerja, tapi aku tak minat nak buat macam mana. nanti anak orang tak belajar apa dari aku. lol tapi, Alhamdulillah lah setakat nie ada gak wedding job datang dari cousin-cousin aku. syukurlah, at least aku ada duit belanja lepas nie. speaking of that, pertama kali aku dapat job buat kad kahwin. agak susah jugaklah. sebab aku bukan designer. tapi aku cuba sedaya upaya aku buat yang terbaik untuk dorang. tapi details apa dorang tak bagi lagi, jadi percentage keterujaan tu dah mula kurang. hahaha haish, tak baik complaint-complaint! *tampar mulut sendiri*
(contoh kad kahwin cousin aku. dah siap print sample nanti aku tunjuk balik)
aku rasa website terbaik nak carik contoh design ialah Flickr. selain daripada tu Googlelah paling senang. haha aku tabik gila dengan orang kat sana. design simple-simple jer tapi menarik gila kalau tengok. aku cuba nak jadi macam tu. hehe
oh..aku rasa aku macam nak sambung belajar nanti. tapi nak kumpul duit dulu. best jugak kalau dapat sambung belajar kat overseas kan? haha haritu usya-usya website, jumpa satu nie. NY Film Academy. course menarik gila jer. bayangkan, siapa yang nak buat master dengan dorang, dorang bagi (tak taulah pulak bagi terus ke bagi pinjam, tapi dua-dua pun ok. haha) Canon 5D Mark II. gila kau! haha tapi syllabus memang menarik. tempat belajar pun best, universal studios. haa, nak belajar pun semangat. masa tu aku siap download brochure, application form & course brochure lagi. punya teruja kan! tapi, bila dapat pergi tu tak taulah. aku hanya dapat angan-angan jer dulu. lol
oklah. aku pun tak tau dah nak tulis apa. saja nak update blog.
till then,
buhbye!
0 comments:
Post a Comment